Demi Masa,
Manusia Sentiasa Dalam Kerugian
Forum Yang Disertai
Makluman Kepada Peserta PHDF2006
       Sesungguhnya 1 tahun saya berurusan untuk mendapatkan dana bagi pengembalian dana kepada semua peserta PHDF2006 iaitu Batch 1 - 6. ( Keutamaan adalah kepada peserta Batch 1 & 2 dahulu ). Setelah dana yang saya nantikan ini berada dalam akaun, saya akan membuat pengembalian dana tuan-tuan / puan-puan dengan sesegera mungkin.  Saya memohon kemaafan atas segala kesulitan yang tuan-tuan / puan-puan alami selama ini.
       Sama-samalah ikhlaskan diri untuk berdoa & memanjatkan munajat kepada Ilahi agar usaha saya selama ini tidak sia-sia demi kebaikan kita semua.
       Terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran tuan-tuan / puan-puan menantikan pengembalian dana ini... Mudah-mudahan segala kebaikan dalam diri tuan-tuan / puan-puan akan mendapat ganjaran yang setimpal ketika Di Sana kelak. Amin...
13 April 2008 / 06 Rabiul Akhir 1429H
 
 
Copyright 2008-2009 Katalog Bisnes.com. All Rights Reserved.
KatalogBisnes.com                 "Segalanya Bermula Di Sini"
Hits Since June 20, 2008!

Free Hit Counter by Pliner.Net
singles chat, search, contacts
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda Ke Blog Saya
Download Secara Percuma Software & eBook Di Sini
Selamat Datang
Ke Blog Tok Mat
Insya Allah blog ini akan dikemas kini pada setiap masa untuk tatapan rakan-rakan.

21 Jun 2008 [ Sabtu ]

Buat pertama kalinya saya ingin menulis di blog saya yang tidak seberapanya.  Setelah web rasmi KatalogBisnes.com berjaya dibangunkan pada 26 Mac 2008 yang lalu, kini saya mencuba untuk membuat subdomain daripada KatalogBisnes.com, iaitu ruangan Blog Tok Mat dan juga Download Free Here.

Dalam blog ini, saya cuba untuk menulis beberapa isu semasa, berita sekitar, pengalaman, tazkirah mahu pun apa sahaja perkara yang saya fikir perlu untuk saya tuliskan di sini.

Dalam web Download Free Here, saya telah memasukkan 3 perkara yang boleh rakan-rakan download secara PERCUMA iaitu perisian Photoshop CS2 Full Edition, Free Adsense Book serta Win RAR.  Insya Allah dari semasa ke semasa akan saya upload beberapa bahan menarik untuk rakan-rakan perolehinya...

Nantikan bahan-bahan terkini yang bakal saya upload kelak.

Akhir kata, terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melayari Blog Tok Mat yang tidak seberapanya ini.

Wassalam.

24 Jun 2008 [Selasa]

Tanggal 23 Jun 2008 [Isnin], 7.40pm, Sdra Shah Indra @ MdLenga telah menjemput aku di rumah bagi menghadiri Taklimat Buluh Mas di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu, Sabah.

Penceramah yang hadir pada malam tersebut adalah En Abdul Halim & En Tanggu Vellu.

Melihatkan situasi kehadiran pada malam tersebut amat menggalakkan di mana anggaran kehadiran melebihi 50 orang.  Pada pandangan saya, ia suatu yang menakjubkan kerana sebelum-sebelum ini, ceramah-ceramah seumpama ini yang saya anjurkan tidak mampu mencecah kehadiran sebegini ramai.

Ketika ceramah dijalankan, saya berada di barisan hadapan untuk mendengar sendiri ceramah yang disampaikan oleh En Vellu.  En Vellu ini berasal dari Sungai Petani, Kedah.  Bahasanya cukup lancar & pekat ke Kedahan.... Mudah difahami & jelas akan penerangannya...

Sepanjang 1 jam 40 minit penerangan yang diberikan olehnya, begitu jelas sekali visi, misi serta kaedah keuntungan yang diberikan kepada para promoternya yang dipanggil "PENCEN".  Saya cukup tertarik dengan keunikan perniagaan ini biar pun sebelum ini ada syarikat yang pernah cuba hadir ke dunia perniagaan di Malaysia ini dengan kaedah pengiklanan juga.

Dari sudut positif Buluh Mas ini, saya nampak ia mampu pergi lebih jauh jika semua pihak bertanggungjawab & memainkan peranan serta tugas masing-masing.  Ia mesra pengguna & masyarakat sekitar.

Bagi mereka yang menjadi pengusaha Industri Kecil & Sederhana (IKS), inilah peluang anda untuk memasarkan produk keluaran anda di pasaran tempatan & luar.  Sebelum ini tentunya produk IKS tidak mendapat sambutan kerana kurangnya pasaran serta pengiklanan daripada pihak berwajib. Di Buluh Mas, produk anda dipasarkan dengan secara meluas.

Untuk mereka yang kurang upaya, ibu tunggal mahu pun balu-balu, Buluh Mas menyediakan pakej yang cukup menarik & istimewa.  Ia bukannya satu bentuk pelaburan kerana Buluh Mas bukannya syarikat pelaburan sebaliknya sebuah syarikat yang boleh di kategorikan sebagai "KEDAI RUNCIT". Pakej tersebut adalah :-
  • Pakej A ( Sekolah ) : RM195.00
  • Pakej B ( Remaja ) : RM1,215.00
  • Pakej C ( Dewasa ) : RM3,615.00

Melalui Pakej A : Promoter akan menerima Pencen Bulanan sepanjang hayat dan diwariskan kepada generasi seterusnya sebanyak RM43.00 di mana daripada jumlah tersebut, pihak Buluh Mas akan memecahkan kepada 2 bahagian iaitu RM43.00 - RM7.00 = RM36.00
  • RM7.00 adalah Baucer Tunai
  • RM36.00 adalah Wang Tunai yang diberikan secara Cek mahu pun Bank In ke akaun peribadi anda.
  • RM36.00 x 12 bulan = RM432.00 ( Ini adalah contoh pendapatan bagi 1 tahun )

Melalui Pakej B : Promoter akan menerima Pencen Bulanan sepanjang hayat dan diwariskan kepada generasi seterusnya sebanyak RM281.00 di mana daripada jumlah tersebut, pihak Buluh Mas akan memecahkan kepada 2 bahagian iaitu RM281.00 - RM43.00 = RM238.00
  • RM43.00 adalah Baucer Tunai
  • RM238.00 adalah Wang Tunai yang diberikan secara Cek mahu pun Bank In ke akaun peribadi anda.
  • RM238.00 x 12 bulan = RM2,858.00 ( Ini adalah contoh pendapatan bagi 1 tahun )

Melalui Pakej C : Promoter akan menerima Pencen Bulanan sepanjang hayat dan diwariskan kepada generasi seterusnya sebanyak RM841.00 di mana daripada jumlah tersebut, pihak Buluh Mas akan memecahkan kepada 2 bahagian iaitu RM841.00 - RM127.00 = RM714.00
  • RM127.00 adalah Baucer Tunai
  • RM714.00 adalah Wang Tunai yang diberikan secara Cek mahu pun Bank In ke akaun peribadi anda.
  • RM714.00 x 12 bulan = RM8,568.00 ( Ini adalah contoh pendapatan bagi 1 tahun )

Diingatkan sekali lagi bahawa Pakej-Pakej ini BUKANNYA PELABURAN.

Bagi menjadi Promoter Buluh Mas, Yuran Keahlian hanyalah RM15.00 sahaja.  Pakej-pakej di atas hanyalah Opsyen atau pun Pilihan promoter sendiri & ia bukannya satu kewajiban kepada promoter.  Pihak syarikat juga tidak mewajibkan promoter mengambil pakej-pakej tersebut.

Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa, jika Buluh Mas ini sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) atau pun sebuah syarikat jualan langsung, pastinya saya tidak akan menyertai syarikat ini. Pada Jam 1.10 am, saya telah menjadi Promoter sambilan Buluh Mas dengan secara rasminya & telah memilih Pakej A serta bakal menjadi Wakil Buluh Mas Tuaran. 

Saya menyertai Buluh Mas ini atas tajaan sahabat saya yang tidak mahu namanya disebutkan di sini.  Beliau telah menyumbangkan wang untuk saya menyertai Buluh Mas ini.  Mudah-mudahan rezekinya akan dimurahkan Allah. Amin.

Jika anda ingin menyertai Buluh Mas, sila hubungi saya untuk urusan Pendaftaran sebagai Promoter Buluh Mas.

Get Your Own Real Time Visitor Map!
Hubungi Saya Melalui :
  1. Telefon : 012 - 9159988
  2. E-Mail : tokmat9988@gmail.com
  3. YM : katalogbisnes
01 Julai 2008 ( Selasa ), Limbang, Sarawak.

Ketika saya menulis catatan ini, sebenarnya saya telah berada di Limbang, Sarawak sejak 28 Jun 2008 ( Sabtu ), 7.47pm.  Saya berada di sini atas urusan rasmi bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan isteri saya sebagai salah seorang tenaga pengajar di sini.

Saya telah berangkat dari Taman Putera Jaya jam 12.05 pm dengan menaiki kereta Proton Saga BLM.  Kereta tersebut adalah kepunyaan sahabat saya di sini.  Setibanya saya di sini, saya diam satu malam di Hotel Purnama, Limbang kerana kami tiba agak lewat & memerlukan rehat yang secukupnya. Pada keesokan harinya, kami menumpang di rumah pengasuh anak sulung saya semasa kami bertugas di sini.

Sepanjang tempoh saya berada di sini, sememangnya saya tidak dapat untuk online memandangkan kesibukan saya menguruskan urusan isteri saya.  Alhamdulillah..... hari ini kesnya telah selesai & bolehlah saya menrik nafas lega.

Sebelum saya berangkat ke Limbang, laluan internet saya juga mengalami kerosakan & gangguan yang menyebabkan saya tidak dapat untuk online serta mengemas kini blog saya.

Saya memohon maaf andainya blog ini tidak dikemas kini serta tidak dapat membalas post rakan-rakan dalam forum CariGold.com.

Insya Allah saya akan berangkat pulang dari Limbang pada 5 Julai 2008 ( Sabtu ) jam 8.00am.

Sekian dan terima kasih.